Tiny Techies – Bengkel Mahir Iot Inovasi (Sekolah Menengah)

12 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau telah menjalankan Bengkel Mahir Internet of Things (Iot) Inovasi (Sekolah Menengah) yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Bengkel ini bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.

Bengkel ini bertujuan membina kefahaman terhadap penggunaan teknologi pintar serta menggalakkan pelajar berfikir secara inovatif dan kreatif dalam mencipta penyelesaian digital untuk masalah harian. Memupuk minat pelajar terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi (STEM). Selain itu, memberi pengetahuan asas tentang konsep dan fungsi IoT, meningkatkan kemahiran teknikal serta kreativiti pelajar dalam menghasilkan projek berasaskan inovasi, mendedahkan pelajar kepada penggunaan peranti pintar dan automasi, memupuk semangat kerjasama, penyelesaian masalah dan pemikiran kritikal.

Selain itu, bengkel ini dapat meneroka peluang masa depan dalam bidang teknologi dan inovasi. Bengkel ini sangat memberi manfaat dan pelajaran untuk para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali